Thursday, May 30, 2013

weeding di Johor Bharu

hye guys :D
lama rasa tak update blog, seminggu lebih laa kan. agak busy sebenarnya. busy ke? agak laa :p minggu lepas dah busy untuk preparation nak interview kan. selasa dah gerak pergi KL, rabu interview. habiskan masa sehari dengan shopping. penat gila, malam tu tak on9. khamis sempat laa on9 kejap. jumaat dah pergi pontian. penat amik gambar semua, balik dah penat. sabtu ahad dah dekat JB. isnin, selasa dan rabu kat rumah tapi malas nak update. hah, nampak tak flow untuk minggu lepas :p

minggu lepas pergi weeding dekat JB. cousin ayah kahwin. aku bukan sibuk menolong k. aku sibuk membaca novel dan menangkap gambar :3

 *my adik adik yang best! i love u*


 *me, yang kononnya baca novel


pengantin baru. wuu~
selamat pengantin baru ^_^

DI BALIK TABIR~~~~~

 nampak tak keseronokan disitu :p


 ayah saya yang rajin 

the karaoke's girls. haha 

so, aku just snap gambar. have a fun. layan semua orang. makan, ketawa, baca novel, tangkap gambar. that's all. thank you :D

Sunday, May 19, 2013

my sweet younger sister :)

Assalamualaikum u olls :p

pelik kan, tiba tiba mood rajin nak update blog pukul 2 pagi nie. takde benda nak cerita sangat sebenarnya. mood rajin nak update laa katakan. :p so, a few days before interview, preparation? aku tak buat pape lagi. yups! that's me. kena membebel dulu baru nak prepare. ohh, i miss nak dengar my mom membebel actually. :p

i just want to say thanks for my sweet younger sister for this things. thanks because always make your sister keep smiling and sometimes fell annoying with your attitude. but, honestly, i love u dear. :* 



nak marah pon tak boleh sebab dah kata aku comel kan :p habis sticker note aku, nasib baik tak belajar lagi tau sekarang. dia boleh tampal dekat laptop. haha :D thanks dik. saya sayang awak jugak :p

p/s : u need to know dear, i do love u, i always love u :*

Friday, May 17, 2013

single?

hye guys! Assalamualaikum :)

so, alhamdulilah. still keep asking pasal interview yang aku dapat tu. nervous? excited dan aku doa biarlah cepat interview tu. happy sebab nak ke KL pon ya jugak. dapat shopping! haha. maybe laa. i love shopping. haha :D

but, ada something yang agak menganggu actually. menganggu ke? not really. :) why, why and why? kenapa ramai sangat yang tanya pasal 'si dia'. means pasal kekasih? okay, agak skema disitu. :/ kenapa? lepaas balik matrik memang kena ada someone special ke? haha :D nope! i don't think so. nak bebas, free. macam burung yang sedang berterbangan. agak hyperbola di situ -.-



so, dengan ini diumumkan bahawa saya single but not available. why? saya kini milik mutlak kedua ibubapa saya dan milik Allah. tolong laa percaya. please! jangan laa cakap aku tipu, saja nak kalis. ini serius k. yang bersayang sayang, i love u tu semua hanya gurauan semata mata. jangan tanya lagi dan mohon pengertian. takde komitmen dan malas. tunggu aku sambung ijazah nanti. :p sekian~~

Tuesday, May 14, 2013

interview UKM

Assalamualaikum. hye guys! selamat malam semua :)

so, speechless maybe. seboleh bolehnya aku elakkan program yang kena temuduga. lastly, kena jugak. nak tak nak, i need to go. akan datang nanti lagi banyak temuduga kan. so, aku kena interview dekat UKM untuk couse Ijazah Sarjanamuda Dietetik. wish me luck! ^^



Sunday, May 12, 2013

i miss 'him'

Assalamualaikum u olls :p

ramai dah yang menegur aku sebab rajin update blog sekarang. ehem~ well, as yang korang dah tahu, saya bukanlah wanita berkerjaya, bukanlah wanita yang sedang terikat dengan kontrak pelajaran dan saya bukanlah wanita yang sangat malas untuk mengupdate blog. so, masa dah ada kan? it's better untuk aku update blog nie, da lama jugak tak menaip. masa dekat matrik dulu berapa entry jerk yang aku sempat buat. sobs sobs :'(

during i'm typing this entry, u olls kena tahu that i'm really miss gila dekat 'dia'. wuuu~ siapakah 'dia'? arwah maybe :/ harap 'dia' tenang dekat sana, in shaa Allah :) the person who can always make me smile, gentle, caring and i always know that he always love me maybe. i'm sory sebab takde masa nak melawat masa 'dia' terlantar dekat hospital dulu. but, saya dah suruh akak Nurul a.k.a. akak arep untuk tengok awak dulu kan :') akak Nurul cakap your condition is too bad actually, doctor just suruh banyakkan doa jerk. do u know my feelings on that time?

seriusly, i'm speechless :/ sangat terkedu bila dapat tahu yang awak terlantar dekat hospital masa tu. entah, tiba-tiba masa tu macam nak text awak tapi terkejut bila your mom yang balas. your mom cakap awak takde. you know what? saya ingat awak nak kenakan saya. :p then, saya just layankan jerk. your mom cakap doakan awak. okay, something was happen and i don't know. bila saya tanya kenapa, your mom tanya saya budak mana, tak tahu ke apa jadi. okay, sedih tak tahu pape. rasa dulu okay jerk kita chatting siap ada texting lagi kan even jarang. rasa macam diri tak guna bila tak tahu pape pasal awak. sobs sobs :'(

your mom cakap awak terlibat dengan excident. seriusly? tak percaya, sedih, macam nak menangis semua ada. bila saya tanya pasal keadaan awak. your mom explain dan sangat explain. mak awak cakap selama nie mak awak off handphone awak, tapi hari nie tergerak nak on then nak cerita dekat saya. hmm. makcik, saya your ex menantu :p see, nampak tak. haha but sedih dengar keadaan awak. then, masa on9, kawan kawan awak suruh saya kuatkan semangat. cakap senang kan. even kita takde pape masa tu, saya tetap sedih. saya kawan yang baik kan :')

saya selalu message mak awak, tanya pasal awak semua. akak Nurul pulak cakap nak pergi tengok awak dan saya dekat matrik tu menanti berita daripada mereka mereka semua. yeayy! :D i wish something yang sangat sangat awesome will happen. then, bila saya tanya kak Nurul, dia cakap sepanjang dekat sana dia asyik menangis jerk tengok awak. okay, dah buat keputusan! saya mesti tengok awak sabtu tu. Wajib! JB jerk pon kan. tangkak ke JB, it's okay laa. but, roomate semua suruh focus dekat exam dulu. but, macam mana nak focus? risau sangat. nama awak selalu dalam doa saya. :') saya nak awak sihat macam dulu, nak mintak maaf atas semuanya and bla bla bla. maybe we can together again. ehem :p

malam tu, rasa macam sangat tak tenang k. dah nak exam chemistry. PSPM 1 k, penentu rasanya. dapat panggilan dari kawan awak. hmm what's is going on? hope awak sedar. but, something unexpected was happen. awak dah pergi. tak menangis? tipu laa kan. pergi tanya my roomate laa. haha :D masa exam siap ada yang tegur kata mata bengkak. :/ tapi Allah lebih sayangkan awak. saya baru nak pergi melawat awak k. on call laa dengan kak Nurul, kak Nurul suruh banyakkan bersabar and berdoa. dia kata better untuk awak pergi. kalau awak ada pon, maybe awak akan lumpuh, i means hidup awak lagi menderita. takpe laa kan, Allah lagi sayang awak :)

malam tu tak study pon, tertidur atas katil Nad :p tapi saya mimpi awak. awak senyum kat saya :') roomate cakap apa entah. lupa dah. saya doakan awak tenang kat sana. awak jangan risau. tiap kali lepas solat, saya tak lupa nak sedekahkan Al-Fatihah untuk awak, saya dah halalkan semuanya. thanks 4 everything, thanks sebab sangat sangat laa penyabar and saya still simpan barang yang awak bagi. last but not least, thanks 4 always love me.


p/s : sory for the manglish :p

Thursday, May 9, 2013

my sweet roomate :)

Assalamualaikum, salam hormat dan salam sejahtera semua. sejak dah habis matrik nie kan, tiba tiba macam rajin gila nak belajar, dulu time dekat matrik malas tahap cipan. tak pandai bersyukur betul kan. nak cite pasal roomate aku masa dekat matrik. kitaorang 1 bilik 4 orang. waaa~ serius rindu gila! :(

nak cita pasal nad dulu. :p

nama dia Nadhirah binti Sh Salleh. err, kalau tak silap macam tu kot ejaan nama dia. kitaorang panggil nad jerk. nad nie lembut gila tau, baik, caring, penyayang bla bla bla. kalau salah sorang daripada kitaorang demam, dia memang caring gila laa. nad kalau buat kuih memang sedap gila. tapi satu jerk, dia sangat dan sangat takut lipas. macam macam jadi laa time bilik kitaorang kena masuk lipas tu. nad nie boleh menangis tau kalau tau lipas tu tak keluar dari bilik tu. to cockroach and family, sory kalau kitaorang banyak buat salah. i means memang banyak salah. bunuh memang tiada rasa belas kasihan dan sunggus sadis. sobs sobs :'( nad nie kaki prank orang jugak and congrate to us sebab prank dia jugak. :p i miss u laa nad.

pssst, sangat privacy nak tunjuk gambar nad nie :p


this one, nama dia Alina binti Alpan. hope betul laa nama nie. panggil lina jerk. rasa antara kitaorang berempat, dia laa paling berani. lina nie pandai okay. dia tidur memang awal laa kan. bangun pun awal sebab nak study. sangat ramai peminat okay, sory laa kalau nak usha. dia dah pakai iphone5 dah sekarang. okay, tak jelous pon -.- sebelum balik hari tu dah tangkap gambar dah guna iphone tu, at least ada laa kan gambar aku dalam tu. berbalik kepada story asal. yes! dia berani. susah gila kalau time ada lipas or kucing or apa apa laa time dia tidur. nak harapkan aku? haha memang hampeh laa kan. aku pun tak laa berani sangat BUT berani laa jugak. for those yang nak usha, sory okay! sudah berpunya. :p



the last one! Nurathirah Shahirah binti Mahsuri. am i right tira? :p tira, i miss u tau tak. tira sangat comel dan saya sayang dia. haha tira nie takut semut :p pelik kan? semut tu kecik jerk kan, tapi sebab semut satu bilik boleh kecoh okay :p tira pon apa kurangnya, hot jugak. haha dia suka baca novel dan saya suka pinjam novel dia. aku tak boleh bawak novel pergi matrik sebab nanti asyik menghadap benda alah tu jerk. tira suka gila layan running man and kadang kadang aku pun terpengaruh -.- tidur memang lambat but bangun awal okay. calon isteri solehah gitu. haha tapi sory, dia dah ada calon. tira! jom laa meet meet because i really miss u and i know tira also miss me. haha *perasan kalau dah kat kluang msg kita okay, jangan msg orang lain dulu. lalala~~




hope gila our friendship kekal until JANNAH, in shaa Allah. thanks untuk segalanya guys! sebab halaukan cicak untuk kita as korang tau kita memang takut cicak, thanks sebab sabar layan kita. thanks sebab selalu ada time kita perlukan korang. thanks sebab banyak bagi motivate kat kita. ececeyhh~ thanks sebab ada time susah senang, time kita give up, time kita happy. thanks untuk gambar, gelang, pin bunga yang comel, bantal yang bunga bunga tu and bla bla bla. halalkan semuanya k :) thanks for everything.  jangan lupa kita. nanti hang out  together k. i love u guys! :*

~kami~

us :*
p/s : sory main amik jerk gambar korang. i love u. :p

Wednesday, May 8, 2013

SEGMEN; DOODLE MUSLIMAH BY RIEN ROSE



Assalamualaikum! salam sejahtera guys! :')

tiba tiba hari nie macam nak join SEGMEN : DOODLE MUSLIMAH BY RIEN ROSE. tadi laa, masa tengah on9 kan, stalker stalker orang ternampak laa segmen nie. tiba tiba jantung berdegup kencang, hati terpaut nak join. haha



hah, comel kan. sangat comel dan i terpikat. awww~~ so ape lagi guys, taknak join ke? jom laa join. hehe
oleh itu, saya tag awak yang comel nie dan awak yang cun nie :) untuk pengetahuan awak dan awak, saya main tag jerk orang nie. tertarik nak baca blog diorang. yeayyy!

harap lah terpilih :p

p/s : pssst, nak baju warna orange dan tudung warna kelabu please dan nickname tieka  :p




Tuesday, May 7, 2013

matrik best!

Assalamualaikum :)

tiba tiba hari nie rasa macam nak menaip laa pulak, mood nie kan biasa lah, datang tanpa diundang. macam nak cerita pasal matrik pulak. hehe  :)

life dekat matrik memang pack. serius! tapi jadual yang pack tu laa yang buat aku rindu gila life dekat matrik, dengan roomate yang best, kawan praktikum yang awesome, pensyarah yang sporting. yeayy! :D



kelas memang tersangat pack kan, macam aku as student biology, kelas start pukul 8 a.m. sampai pukul 4 p.m. masa semester 1 dulu sampai pukul 5 p.m tau. belum lagi kadang kadang ada kuliah ganti yang start pukul 8 p.m tau. discussion group lagi. kadang kadang pukul 11 p.m baru balik bilik. assignment yang berlambak kena hantar, tutorial lagi. serius, kerja banyak lagi. homesick lagi. sobs sobs :'(

tapi benda tu semua lah yang aku rindu sekarang. rindu sangat sangat. tak pandai bersyukur pulak rasanya. haha :D time dekat matrik dulu nak balik rumah, time dekat rumah nak belajar dekat matrik pulak. but, it's awesome k. sangat sangat awesome. and i miss all that. :(

ada jugak yang cakap untung laa budak matrik habis awal. wei, rasa setimpal kot. takkan nak belajar 2 or 3 tahun dengan jadual pack macam tu. kesian laa badan nie, otak yang berfikir nie. haha

so, untuk adik adik yang nak masuk matrik, akak sokong adik adik. haha *macam poyo pulak* takde laa senang senang matrik nak tendang orang. masa batch 2012/2013 dulu berapa orang jerk. macam dalam post yang lepas laa, matrik tendang takde laa biar kan korang terkapai kapai. huhu anyway, wish all the best, yeahh :D

Thursday, May 2, 2013

zaman sekolah :(


okay, aku teringat zaman persekolahan .. serius ! rindu gila gila .. time nie laa belajar sama-sama, gelak sama-sama, rehat sama-sama, makan sama-sama even nak pergi toilet pon boleh berjemaah .. time dekat kelas boleh makan-makan, kena time cikgu yang garang makan cover tu .. time cikgu tulis kat whiteboard, aku angkat buku and makan .. alaa, bukan aku jerk .. classmate semua macam tu ..

arghh ! malas nak cerita, rindu time sekolah .. *lap air mata* life must go on.. thanks untuk kenangan yang tercipta. ewahh :p


Wednesday, May 1, 2013

matrik susah sangat ke?

Assalamualaikum. fuuhhh~ dah lama gila tak update blog. lama dan sangat sangat lama. busy sangat dekat matrik tu. so now, in shaa Allah, i can always update my blog. yeayyy!

cerita terbaru? ehem.. dengan ini, sekali lagi saya mengisytiharkan bahawa diri saya ketika ini adalah seorang penganggur terhormat di Malaysia. Alhamdulilah, berkat doa and support semua orang, aku berjaya menamatkan pengajian dekat Kolej Matrikulasi Johor. ohh yeahh :D



sebelum masuk KMJ tu, berbelah bagi wooo. Al-maklum laa, orang dok kata matrik nie susah. bukan sorang dua laa yang cakap, sangat ramai. BUT aku rasa, life dekat matrik nie tak laa 'ngeri' macam yang orang semua cakap. cakap senang kena tendang laa, senang kena buang laa, peraturan ketat laa. tak laa macam tu. ingat senang ke diorang nak tendang2 orang nie. masa batch aku pon 2012/2013, berapa orang jerk. TAPI kan, diorang takde laa tendang sampai korang lost takde hala tuju terus, diorang still bagi jalan korang nak sambung study dekat mana, so, takde laa korang rasa macam terkapai-kapai kelemasan kan? hehehe..

untuk adik-adik yang nak masuk matrik *poyo sikit*, jom laa! hehe.. akak dah habis da.. *berlagak* NIAT yang penting, belajar kat mana-mana pon sama jerk. kalau sambung study takde niat, susah jugak kan. hehe..

u know what? ramai gila tanya aku dah dapat pakwe belum kat sana. amboiii, macam nak cari calon menantu untuk parents aku pulak kan. haha! no comment untuk tu :p

that's all for tonight. any question? comment jerk. hehe. take care, thanks for reading and goodluck guys ^^