Friday, March 23, 2012

ke mana hala tuju selepas SPM

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh .. salam sejahtera semua ! bersama saya lagi Datuk Dr.Atiqah dalam rancangan Kita Boleh !! sebelum tu, ucapan tahniah daripada saya kepada pelajar-pelajar SPM 2011 yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang .. :) Alhamdulilah, berkat usaha korang yang buat solat hajat, baca yasin, mungkin ada yang study macam nak gila telah berjaya membuahkan hasil ..tahniah sekali lagi ! tajuk kita hari ini adalah Hala Tuju Kita ..



semalam, saya sempat layan facebook, maklumlah pakar motivasi macam saya nie perlu sentiasa up to date ..tahu perkembangan isu semasa, saya terkedu, terkejut bila baca status yang diupdate budak-budak lepasan SPM sekarang .. AllahuAkbar ! adik-adik semua, ingat Allah dik .. ingat Allah banyak-banyak .. nie semua ujian daripadaNya untuk kita .. mungkin ada hikmah kita tak dapat result yang baik .. Allah sedang merancang sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita .. ingat dan pegang kata saya ! result korang tu jauh lebih baik daripada yang dapat 8G .. ingat tu, ada yang lagi teruk daripada kita .. bersyukur lah dengan apa yang kita dapat ! ada hikmahnya adik-adik semua .. saya selaku pakar motivasi terkenal di Malaysia ini ingin menyeru kepada adik-adik semua .. bangkitlah ! berkhidmat untuk negara :p

gagal sekali tidak bererti kita gagal untuk selama-lamanya .. kebanyakan orang-orang yang berjaya telah mengalami kegagalan dalam hidup mereka .. jadikan kegagalan dalam hidup adik-adik semua sebagai tunggak kejayaan untuk terus maju ke hadapan ..jangan toleh atau pandang belakang lagi .. jalan terus pergi hadapan .. sekarang masa untuk fikir masa hadapan .. ada yang keliru tak tahu nak masuk matrik atau form 6 atau mungkin asasi .. jom ! ikut saya sebagai pakar motivasi anda untuk memikirkan masa depan anda..



kalau nak cek syarat kelayakan korang .. korang boleh pergi SINI .. tengok laa kelayakan based pada result SPM adik-adik semua .. TAPI, ingat ! nie cuma komputer ye :) bukan conform-conform kita tak dapat, doa banyak-banyak ..insyaALLAH, Allah tu Maha Adil .. sapa-sapa yang rasa nak ke arah medic, korang boleh usha dekat SINI .. hope boleh dapat motivated dekat situ .. :) untuk yang nak tahu pasal asasi, matrik etc laa .. jom , saya pakar motivasi anda sedia membantu ..

MATRIK 

  1. under kerajaan-tak perlu bayar .. siap dapat elaun lagi
  2. nak masuk susah
  3. cepat tamat pengajian.. terus masuk degree .. wewiiitt !
  4. subject sangat compact dan pembelajaran yang laju ..
  5. kurang praktikal ..
  6. result kena gempak kalau tak kena tendang laa ..
  7. kalau dapat 3.5 belum tentu boleh pergi jauhh 
  8. lepasan matrik tak boleh guna untuk dapat kerja ..
ASASI 

  1. under IPTS kena bayar sendiri / biasiswa ..PTPTN dan MARA mostly not available .. *speaking :)
  2. susah nak masuk -.-
  3. cepat tamat pengajian, terus masuk degree .. muda da degree ! untunglaa ~
  4. kurang praktikal ..
  5. result kena BOOM okay ! kalau tak kena tendang + sepak 
  6. kalau lulus, tempat/ couse untuk degree lebih terjamin daripada matrik ..
  7. sijil asasi ? maaf ! tak boleh guna untuk dapatkan kerja 
DIPLOMA

  1. macam yang sedia maklum, masa pembelajaran yang agak lama
  2. lebih praktikal dari matrik, asasi dan form 6
  3. lebih peluang pekerjaan -> matrik + ijazah VS diploma + ijazah .. diploma + ijazah yang akan menang!
  4. ilmu lebih banyak dari asasi dan matrik .. diploma, kadang2 minor course lagi banyak dari major ..
  5. pembelajaran lagi cool ~
  6. mungkin agak melekakan 
  7. diploma boleh guna untuk dapat pekerjaan :)
TAHMIDI 

  1. kalau korang bukak mesti ada dekat USIM tu kan , hasil maklumat yang aku collect, nie macam khas untuk pelajar sekolah agama
  2. POWER bahasa arab okay !
FORM 6

  1. pengajian yang singkat
  2. pelajaran yang sukar, compact dan cepat !
  3. kalau score 4 flat dalam kelas aliran sains, boleh masuk apa couse sains yang korang nak ..
  4. nak terbang mana2 pon boleh bila result science stream .. MARA sayang korang .. wewitt ! ada yang sayang seyhh !
  5. STPM adalah peperiksaan paling sukar di Asia 
  6. calon STPM didahului didahului berbanding matrik
  7. STPM science stream, pointer 2.75 pon boleh kalahkan matrik pointer 3.2-3.4 hebat tak ?
nie laa serba sikit yang saya sebagai pakar motivasi boleh share ..hope boleh bantu korang .. nanti ada pape news, saya share lagi ye ! 


bagi pelajar science tulen, cuba korang fikir .. dulu, sebelum masuk kelas science mesti ada dengar-dengar yang kononnya subjek tu susah ! asyik fail jerk katanya .. now ! da lepas kan? result pon dah keluar, sini saya tanya .. ada dapat 4G ke ? fail ke semua *nada marah sambil cekak pinggang selalu fikir negative .. takot nak pergi matrik ! takot nak masuk STPM ? semua takut ! takut tak payah belajar .. kahwin terus ! hidup nie kena hadapi cabaran adik-adik semua .. bangunlah ! 

bagi yang bukan student science, maybe yang amik akaun, perdagangan, seni etc .. life korang belum terhenti .. result korang okay, ada dapat 8G ke adik-adik ? peluang nak study tu luas ! nak pergi politeknik boleh, koej boleh .. bak kata member saya YPJ pon boleh .. haha ! untuk member aku yang terasa nie, wish you luck untuk jadi chef ! hehe ..kek sarawak jangan lupa ! nanti kalau semua-semua yang dah berjaya, jangan lupa saya sebagai pakar motivasi anda ye ! haha :D



the MOST IMPORTANT ! jangan lupa doa, tawakal jerk .. insyaALLAH, Allah akan tunjukkan jalan untuk kita ..rezeki daripada Allah semua tu ^_^

NOTE : nie serba sikit yang aku dapat share, korang kalau dapat apa-apa link share laa dengan aku ..  hope nie dapat membantu korang .. aku nie pun actually buntu jugak , tak tahu nak amik apa .. hehe :)

p/s : share laa kalau ada dapat pape link dengan aku :( add jerk fb aku, then inbox ! hehe ..

6 comments:

  1. tu dia ! professor dah bercakap ! haha ! tengs darl. :)

    ReplyDelete
  2. sebiji mcm pkr motivate

    ReplyDelete
  3. asasi kat sesetengah IPTA pun ada. kat upm ada asasi pertanian

    ReplyDelete
  4. kalo yang result spm x ada credit tapi lulus semua subjek bagaimana pula ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu boleh masuk fom6 ke, politeknik ke.. banyak tempat belajar laa sekarang :)

      Delete

ehem !
cuba try comment sikit :)