Wednesday, February 22, 2012

cinta lolipop


'' beb, cepatlah sikit. lambatlah kau ni .. nanti kita kena marah nanti dengan prof '' kata Julia, rakan sebilik Amylia Syamia atau mesra dengan panggilan Amy.. Amy seorang gadis sangat cantik dan ayu .. Walaupun dia tidak memakai sebarang make-up pada wajahnya, namun dia tetap kelihatan cantik .. Kecantikan dan keayuan Amy kian terserlah apabila dia tersenyum kerana Amy memiliki lesung pipit di wajahnya .. '' Sekejap lah Julia, kau lah nie, lambat kejut aku kenapa? '' omel Amy.'' ''Amy ! kau sanggup ke kena marah lagi sebab lolipop kau ni, isyhh ! sabar jerk Amy aku layan kerenah kau ni, dasar minah lolipop ! dah laa, cepat sikit boleh tak ? aku tunggu kau dekat depan tu '' kata Julia .. begitulah Amy, dia sanggup dimarahi oleh prof nya demi lolipop ! bagi Amy, sehari tidak makan lolipop ibarat dirinya yang kelemasan di tengah-tengah lautan.

setibanya mereka di dewan kuliah, mereka disindir lagi oleh prof Maria ''Amy, Julia lambat lagi. hari ni alasan apa pulak yang awak nak bagi ? '' serentak dengan itu, riuh dewan kuliah dengan ketawa student2 ketika itu .. Julia muka dah wanted gila, mana tak malu, muka dah lawa2 kena perli .. Amy ? relax jerk, maklumlah dia dah dapat makan lolipop .. lepas habis jerk kuliah, Amy dah janji nak jumpa dengan pakwe dia, Amir .. Amir nie suka amik kesempatan dekat Amy, kesian sangat Amy .. Amir nie macam suka kenakan Amy, tapi Amy ikutkan jerk .. bila member2 dia tanya dia sayang Amir tak, Amy cuma terdiam .. dia sendiri tak tahu jawapan tu .. '' kau jangan cakap kau couple dengan dia sebab muka dia cute, please say no Amy ! '' kata Suhaila.. Amy hanya mampu tersenyum manis, terserlah lesung pipit diwajahnya Amy .. lelaki2 yang tengok conform cair dekat si Amy nie, tambah bila dia lepaskan rambut dia .. sangat sweet !

'' sayang, kenapa lambat keluar ? i dah lama tunggu u sayang .. u nak makan ? '' tanya Amir pada Amy '' u nak apa sebenarnya ? '' tanya Amy kembali .. '' u nie kenapa ? i tanya baik2, i penat tunggu u 5 minit dekat sini .. u jawab macam nie kenapa ? '' marah Amir .. ala, tunggu 5 minit dah kecoh, aku yang tunggu kau nie berjam2 hari tu, tak cakap apa pun, omel Amy sendirian .. '' i nak mintak tolong u siapkan assigment i, i ada latihan bola sepak nie, denda u lambat tadi '' aku dah agak dah, kalau tak takde nya kau nak baik2 dengan aku laa Amir .. nak tunggu2 aku, panggil2 aku sayang lagi .. '' boleh ke tak nie ? '' marah Amir '' ye, nanti saya buatkan .. '' '' ok, i pergi dulu, bye '' kata Amir isyhh ! bukan nak cakap terima kasih ke apa, bla macam tu jerk, dasar lelaki tak sedar diri .. sebab apa aku couple dengan kau pun aku tak tahu ..

'' Amy, kau kenapa muka masam jerk ? '' tanya Suhaila '' takde pape laa beb ! '' jawab Amy bersahaja ''Ala Amy, aku tahu sebab Amir kan .. aduhh ! tolonglah Amy ! kau clash laa dengan dia kan senang .. pelik laa aku kau nie '' kata Anis '' kau nie ikutkan jerk apa cakap si Amir tu .. kau buatkan assigment untuk dia, ada dia ucap terima kasih ? tumpang naik kereta pun berkira kan .. menyampah betul aku '' kata Suria .. ''dah laa beb ! jom pergi amik makanan, aku dah lapar nie '' kata Amy yang cuba mengubah topik .. dia seboleh-bolehnya cuba untuk tidak membahaskan permasahalan dia dengan Amir ..

lolipop di mulutnya membuatkan dia hanya terdiam sambil berangan jika Amir berubah menjadi seorang yang sangat romantik .. ketika dia hendak membawa makanan yang dibeli ke meja makan, fikirannya asyik melayang memikirkan Amir .. tiba2, dia terlanggar seseorang, habis tumpah air yang dibawa ke baju lelaki itu .. '' Amy ! '' jerit Suria '' Ya Allah, sory ! saya mintak maaf sangat2 ! saya tak sengaja '' kata Amy '' takpe, ingat tadi nak marah juga, tapi nampak muka awak yang comel dengan lesung pipit awak, dengan lolipop yang awak makan lagi , tak jadi saya nak marah '' kata Asyraf .. Asyraf, lelaki yang paling diminati di univesiti itu .. selain rupanya yang handsome, Asyraf juga seorang yang sangat peramah, bijak, aktif bersukan dan amat disenangi .. senyuman yang diukir pasti membuatkan sesiapa saja yang melihatnya akan menjadi cair seperti ais yang diletakkan dibawah cahaya matahari .. '' maaf ya ! '' kata Amy sekali lagi .. muka Amy menjadi kemerah-merahan apabila dipuji sebegitu, biasalah orang berkulit putih .. Asyraf hanya tersenyum manis ..

'' Amy, what have you done sweet ! '' kata Anis '' Amy, kau cakap apa tadi dengan Asyraf tadi ? macam best jerk .. hehe '' kata Suhaila '' aikk ? mana kau kenal dia Su '' tanya Amy kehairanan '' Amy please wake up girl ! dia adalah senior kita, lelaki yang paling diminati satu universiti nie kau tak tahu ke ? tu laa, asyik dengan buku kau, assigment si Amir sampai Asyraf yang gila famous pun kau tak kenal '' selamba Suria berkata '' oh ! '' jawab Amy acuh tak acuh '' takde perasaan betul, konon setia laa tu dekat si Amir kaki perasan, kaki bajet bagus tu .. dah laa, jom makan .. kau Amy, makan jerk lolipop kau tu .. '' sindir Julia

ketika rakan-rakannya makan, Amy masih lagi teringat senyuman manis Asyraf yang diukir sebentar tadi .. aku nie comel ke ? kata Amy .. '' apa kau cakap tadi beb ? '' tanya Anis kembali .. ''ehh, tak laa, aku tengah ingat formula '' jawab Amy cuba mengubah topik .. rakan-rakannya yang lain kembali makan macam setahun tak jumpa nasi .. '' alamak ! '' jerit Amy tiba2 .. '' kau kenapa pulak nie ? '' tanya Su cemas '' takde pape, aku balik bilik dulu ye, tak sihat tiba2 '' jawab Amy terus berlalu '' apa2 laa si minah lolipop sorang nie '' kata Julia .. Amy sangat terkejut apabila melihat buku nota kecil yang dimiliki oleh Asyraf berada didalam beg nya .. mesti masa makanan aku jatuh nie, aku kena pulangkan esok nie ! nie dah laa jadual Asyraf, sibuk betul Asyraf apabila dia cuba meneliti jadual seniornya .. pagi belajar, petang sukan, malam ada mesyuarat .. pening kepala aku !

''aduh, mana pulak buku nota aku nie ? Fareez kau nampak tak ? '' tanya Asyraf, rakan sebiliknya ..'' kau letak mana ? tertinggal kot, tapi jarang kau tertinggal barang .. terjatuh ? eh, kau nie boleh tahan teliti orangnya ..  '' jawab Fareez .. '' ahh kau, kau tanya kau yang jawab .. bagus sangat '' kata Asyraf sambil ketawa .. '' kejap2, aku nak tanya nie .. kau minat lolipop ke ? '' tanya Fareez kebingungan '' eh, tak laa ..apsal kau tanya ? kau pun tahu kan, bagi aku lolipop nie macam budak2 laa beb , sory laa, kau nak bagi aku hadiah birthday lolipop ke .. aduhh bro, tolong laa '' jawab Asyraf  '' habis kenapa tiba2 kau lukis perempuan tengah pegang lolipop nie ? pening laa aku Asyraf ! '' kata Fareez .. lukisan itu ditemui ketika hendak mencari buku nota kecil kepunyaan asyraf, selongkar punya selongkar, terjumpa lukisan nie .. memang cantik ! gambar perempuan berlesung pipit dengan lolipop, comel ! desis Fareez .. '' arghhh ! jangan laa selongkar ..aku suruh kau cari, ehh, tadi Yana kirim salam dekat kau '' kata Asyraf cuba mengubah topik ..

peristiwa tengahari tadi ketika Amy melanggarnya membuatkan dia asyik teringat dengan gadis comel itu .. Kecantikan semulajadi yang dimiliki seolah2 Asyraf sudah jatuh hati pada Amy .. itulah antara faktor dia melukis gambar seorang gadis dengan lolipop .. Amy sangat comel walaupun tidak mengenakan sebarang make-up diwajahnya .. Amy ? yes ! mungkin dia yang terambil buku nota kecil aku .. aku mesti jumpa dia esok ..

to be continued ~~

9 comments:

  1. nice sayangg ! haihh . asyraf tuh mcm amir asyraf dalam vanilla cekelat eah ? ngeee ~ ^_^

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. thnks ! :) nantikan sambungannya ye ! ^^

      Delete
  3. haha..very nice syg..! waiting for the next story..keep it up..!..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks darling .. hehe :) luv u laa !

      Delete
  4. haha..very nice syg..! waiting for the next story..keep it up..!:)

    ReplyDelete
  5. cerita yg menarik .taksaba naktggu sambungannye .good job dear :)

    ReplyDelete

ehem !
cuba try comment sikit :)